• Main
  • News

???? TERIMA KASIH RHB BANK! ????

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada RHB Bank atas penganjuran Program Touch Heart 2025 bersama SMK Ghafar Baba. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan bermakna kepada murid tentang hala tuju kerjaya selepas SPM, malah turut menyemai semangat untuk merancang masa depan dengan lebih yakin dan berinformasi.

Kami amat berterima kasih atas sumbangan dua unit pendingin hawa (air-cond) serta bantuan kewangan bagi kerja-kerja naik taraf Bilik Tayang. Sumbangan ini amat bermakna dan akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi keselesaan serta pembelajaran warga sekolah.

???? Semoga kerjasama ini terus kukuh demi membina generasi masa depan yang berilmu, berwawasan dan berjiwa MADANI.

#TouchHeart2025
#RHBxSMKGhafarBaba
#BuildingABetterFutureThroughEducation
#SyukurDanTerimaKasih