
✨ Lawatan Akademik Pelajar Tingkatan Enam SMK Ghafar Baba ke Kementerian Luar Negeri Malaysia ✨
Menimba ilmu diplomasi di pentas antarabangsa: - Terima kasih Wisma Putra!
Pada 3 September 2025, seramai 13 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Semester 1 dan Semester 3 Tingkatan Enam SMK Ghafar Baba telah berpeluang mengikuti Lawatan Akademik ke Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra). Lawatan ini diketuai oleh Pn. Normahizam Ariffin (GPK Tingkatan Enam), dibawah kelolaan Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMK Ghafar Baba dengan bimbingan Pn. Atekah Amdan (Ketua Guru Penasihat Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam) Turut serta mengiringi pelajar dalam lawatan ini ialah Pn. Mahnun Mohamad dan Pn. Noor Anita binti Ali.
Sepanjang program, para pelajar telah mengikuti sesi perkongsian bermanfaat bersama pegawai kanan Kementerian Luar Negeri iaitu Encik Muhammad Nur Anuar bin Nordin (Penolong Setiausaha, Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam – BKDA) serta Encik Joseph Emmanuel Krishnan (Pengarah, Bahagian Komuniti Ekonomi ASEAN, Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia). Melalui sesi soal jawab yang dijalankan, pelajar mendapat pencerahan tentang peranan Malaysia dalam diplomasi antarabangsa dan kerjasama ASEAN.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Pn. Tina Rohayu (Pegawai Perhubungan Awam Kanan) serta seluruh warga Kementerian Luar Negeri atas sambutan mesra, layanan profesional, dan kesudian berkongsi ilmu bersama warga Pra Universiti SMK Ghafar Baba. Pengalaman ini pastinya memberi nilai tambah yang besar kepada pelajar dalam memperkukuh pengetahuan global dan membina jati diri sebagai bakal pemimpin masa hadapan negara. ????????????
#SMKGhafarBaba
#KementerianLuarNegeri
#merakyatkanDiplomasi