• Main
  • News

“salam Kemerdekaan Daripada Warga Pendidik Smk Ghafar Baba”

“salam Kemerdekaan Daripada Warga Pendidik Smk Ghafar Baba”

“Salam Kemerdekaan daripada Warga Pendidik SMK Ghafar Baba”

Dengan penuh kesyukuran dan semangat patriotik, warga pendidik SMK Ghafar Baba mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Sebagai pendidik, menjadi amanah kami untuk terus membimbing generasi muda agar berilmu, berakhlak mulia, dan berjiwa merdeka, seiring dengan hasrat membina negara bangsa yang berdaulat.

Berlandaskan motto “Malaysia Madani, Rakyat Disantuni”, marilah kita bersama-sama menzahirkan semangat perpaduan, kasih sayang, dan hormat-menghormati demi kelangsungan keamanan dan kesejahteraan negara.

Selamat Hari Kebangsaan ke-68. Merdeka! Merdeka! Merdeka!