
Warga SMK Ghafar Baba meraikan dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Puan Pengetua, Hjh. Sahreah binti Md. Zin atas penganugerahan Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) sempena Sambutan Hari Jadi ke-76, Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd. Ali bin Mohd. Rustam dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Semoga Puan Pengetua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus memimpin SMK Ghafar Baba ke arah kecemerlangan dalam semua bidang.
SGB - SEJAHTERA. GEMILANG. BERSAMA