• Main
  • News

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ????
Hari ini, kita melakar satu detik yang penuh emosi – hari terakhir Pn Asmawati Ismail sebagai seorang guru di SMK Ghafar Baba.

Sebagai Guru Kanan Sains & Matematik, beliau bukan sahaja mendidik murid-murid SGB dengan ilmu, malah membimbing guru-guru dengan penuh kasih sayang dan dedikasi. Setiap langkah, nasihat, dan senyumannya akan sentiasa menjadi kenangan yang abadi buat kami semua. ????‍????????

Pn Asmawati, jasa dan pengorbanan cikgu terlalu besar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Terima kasih kerana menjadi insan yang begitu bererti dalam hidup ramai anak didik dan rakan sejawat.

Kami doakan agar cikgu terus diberkati dan diberikan kesihatan serta kebahagiaan yang berpanjangan. Jangan lupakan kami di SMK Ghafar Baba ya! ????

Sekali guru, selamanya tetap guru dalam hati kami ????????????


About Us

  • SKK SMK GHAFAR BABA

    SKK SMK GHAFAR BABA ini dihasilkan untuk perkongsian maklumat setiap warga SMK Ghafar Baba,tidak kir