
Terima Kasih diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka diatas kesudian menurunkan tanda tangan sebagai simbolik Pelancaran Pertandingan Mural Motto "Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat" di SMK Ghafar Baba.
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh juga melalui program #WakilRakyatUntukRakyat mengumumkan bantuan dana sebanyak RM10 000 untuk SMK Ghafar Baba. Terima Kasih YAB.
Majlis yang ringkas namun meriah ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12; YB Datuk Rosli Abdullah-ADUN Kuala Linggi, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; Puan Mahfudzah Mohamed Noor, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Tn. Hj. Ab Malek bin Kasim, Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah.